Sunday, November 30, 2014

W-DAY DIY : WEDDING INVITATION CARD

Gitu title. Haha.
Okay, aku ni memang kaki beli barang2 craft and stationaries. So disebabkan ada terlalu banyak supplies, aku decide nak buat sendiri je kad kawen aku. Lagipun kalau nk order kt vendor memang mahal la untuk design aku nak. Kerana cheapskate, aku rela membanting tulang buat sendiri kad kawen ku. Hukhuk.

Tema kawen aku adalah romantic vintage (ade ke?memandai je aku), tapi yg penting ada unsur2 rustic and vintage tp tknk vintage sgt. And aku sukeeee sangat dgn kraft paper, so the base must be made from kraft paper and aku suke pocketfold design. Setelah menggoogle dan mempinterest, aku jumpa la design yg simple tp cantik. And here it goessss :

Ini gambar from pinterest :-



kalau perasan kat bahagian dalam dia mcm ada pocket kan? itu la haa pocketfold katenyeeee.


okay ni pulak hasil tangan aku mendesign, memotong, melekat and segala2 me yang ada. ni baru siap dia punya pocketfold. Belum lekat details majlis and map lagi


close enough tak? Hikhik. Okay dah, bai! pi buat keje balik.

Friday, November 28, 2014

Finally, i'm backkkkkkkkkkkk

Hello hello worlddd. Wah, taknak kalah. World terus. Okaylah, tukar2.
Assalamualaikum salam dihulur. Sila sambut, tak jawab dosa. Apa khabar anda2 sekalian? (sedar lah baishatul, ko tgh ckp sorang2)
Setelah sekian lama, dekat setaun lebih aku dh kembali ke pangkal jalan. Kesian blog aku yg tak seberapa nak femes ni. Last post dulu pasal kenduri dayana, now dia dah pregnant dah pun, syazreen dh selamat melahirkan anak, din pun dh ada anak, dah resign dh pun dari silterra. Ko tengok berapa lama aku g tinggalkan blog ni. Kesian ko blog. Sorry, aku dh beralih arah ke planner kaler oren aku tu. Senang nak jot down everything there. Kat blog ni nak kena connect internet dulu la apa la. Dah la aku dh reduce quota broadband aku. Nak jimat punya pasal. Mcm pengemis dh aku rasa skrg. Line tepon aku tukar ke prepaid, benda2 tak perlu semua aku dh terminate. Yeah!

Okay la, tujuan aku kembali membuka blog ni adalah kerana,
1) Iols nk catat perjalan persediaan perkahwinan iols. Caya tak iols nak kawen? Tak sangka kan? Dulu slalu aku ingt aku kawen umur 30. Haha.
2) Sebab iols saja nak record down semua2 persediaan di atas
3) Sebab saja suka2

Aku ni tak sedor diri sebenarnya, dah tau sibuk nakkk jugak tulis kat blog. Ni kes terpengaruh dgn blog2 bride to be yg aku slalu blogwalking kt office time lunch hour tu la. Kantoi dah. Harap2 nama aku tak naik sbb surf internet terlebih had. HAHA. Bukan slalu, kejap2 je. Seminit dua. Agak2 tension buat keje, aku online kejap. Sama je aku tgk dgn bos aku tu. Ops.

Oh, lagi satu, memandangkan aku ni kedekut nak mampos, banyak la benda2 yg aku DIY utk wedding aku nnti. So aku nk gak la show off kat sini. Haha. Jujur sangattt.

Meh aku nak list kan details about my wedding and benda2 yang dah settle.

Important Stuff :-
Kursus Pra Perkahwinan : (Done)
HIV Test : TBD
Borang Permohonan Nikah etc : TBD
Surat Akaun Bujang : TBD
Kad Kahwin : DIY (Done 50%)

Hantaran :-
1) Telekung : Done
2) Set Bath&Body Works : Done (Mer ckp die nk bg. Tak bg siap!)
3) Project Life Kit : Done
4) Cincin/Mas kahwin : TBD
5) Handbag : TBD
6) Perfume : TBD

Perasan tak ni semua mmg utk pompuan? sbbnya ktorg beli sendiri hantaran utk diri sendiri. Senang. Masing2 susah nak jumpa, so decide beli sendiri je. Lagi la aku suke. Aku ni dh la minat benda tak sama dgn orang lain. All out terus la aku. Tibe2 ada sebijik project life masuk dlm hantaran. Sape taktau Project Life kit tu ape, sila google.

Solemnization Day :-
Date : 27th March 2015
Theme : White and Silver
Attire : White Abaya (Done)
Veil : DIY (Done)
Shawl : (Done)
Kasut : TBD
Hand Bouquet : TBD
Catering : TBD
Pelamin : Lela Touch Boutique (Deposit Done)
Makeup : Kak Elya (Deposit Done)

Reception Day :-
Date : 28th March 2015
Theme : Champagne and burgundy
Attire : Lela Touch Boutique (Deposit Done)
Kasut : Guna sama mcm nikah je
Catering : Mama uruskan (Done booking)
Pelamin : Lela Touch Boutique
Makeup : Lela Touch Boutique
Hiasan meja pengantin : TBD
Baju family/Bridesmaid : TBD
Doorgift Adults: TBD
Doorgift Children : Pillow Box Done
Doorgit VVIP : TBD
Bunga Pahar : TBD


Majlis Bertandang malas nk tulis lg sbb tu biar mer yg buat. Haha. Padan muka. Okay, next post aku nk tunjuk sikit benda2 DIY yang aku dh siapkan. Ok dah.



Sunday, June 2, 2013

Selamat Pengantin Baru Sahabat!

Alhamdulillah, pada 1 Jun lepas Dayana Amira bt Rosli selamat diijabkabulkan dengan pasangannya iaitu Mohd Faiz b Radzi (sorry kalau salah eja nama >.<) Kalau dulu dayana la penumpang setia skuter ego S aku pegi fakulti, cafe etc, peneman setia naik bas sama2 ulang alik fakulti, dan peneman study tengah2 malam sekali dengan Semah sepanjang menginap kolej KTHO. Tapi aku rasa, most of the time macam main je time study malam2 tu. Main bubbles la, SMS orang kacau2 la,pastu alih2 dah subuh. Sedih pulak rasanya T_T Paling best time kenduri dapat jumpa Asmah dengan Syaz. Rupa2nya dah 3 taun tak jumpe Si semah ni. Tapi haritu rasa mcm baru je lepas jumpa semah. Cepatnya masa berlalu. Takpe semah, nanti bulan 9 kita gi honeymoon ye. Hikhik. Berbalik pada dayana, disebabkan kitorg tengok seluruh proses dari dia mekap, bersiap,akad nikah sampai la ke kenduri, so bila dah balik ni rasa mcm something missing. Perasaan yang sama bila dah follow cite Supernatural selama 8 season, alih2 last week dah final episode. Rasa kehilangan sesuatu. Rasa kosong je hidup ni. Aku rasa perasaan ni mesti lg teruk lepas syaz dah kawen nanti. Sobs T_T Dan aku rindu pulak dengan Syaz and Semah. Ntah bila boleh jumpe lagi. And now, i'm back to my real life. Life yang takde hiburan dan sahabat disisi. Sedihnya rasa. Apa2 pun, selamat pengantin baru Dayana! Semoga bahagia sehingga ke Jannah dan jangan garang2 sangat ye. Haha.

Monday, April 22, 2013

22 April 2013

S,
Hari ni sepatutnya jumpa dia yang dah lama saya tak jumpa. Semangat saya bersiap tadi. Saya dengar ada sms sampai. Saya ingat dia bagi sms kata dah bertolak. Saya biar je sms tu, tak baca lagi. Saya teruskan bersiap. Pastu bila saya baca, rupa2nya dia kata cancel. Saya kecewa sangat. Walaupun nak jumpa kejap je, tapi saya tetap rasa bersemangat td. Dia kata takleh jumpa sebab hujan. Tapi tempat saya tak hujan pun. Sampailah saya kat kulim, tak hujan pun. Tapi saya reply "okay". Malas nak cakap banyak. Sebab saya tak suka orang cancel plan at very last minute. Saya dah tak ingat ini yang kali keberapa dah jadi macam ni. Sepanjang drive td, saya fikir semua yang terjadi dalam hidup saya. Dari dulu lagi saya selalu cakap "Mungkin saya memang ditakdirkan hidup dalam keadaan mcm ni". Dia pun tak cakap sorry kat saya. Saya pasrah :)

S,
sampai je Kulim td, terus saya ke Silterra. Saya sedih. So, kalau saya buat kerja, saya tak sedih dah. Nampaknya, next week kena la saya kerja lebih masa lagi. Kalau saya sibuk, saya takde la ingat benda2 sedih ni. Balik keje lambat, sampai rumah terus siap2 untuk tido. Jadi saya takde masa nak fikir bukan2. Betul tak? :)

S,
Agaknya sampai bila ye saya nak mcm ni? Kalau saya luahkan apa saya nak, apa yang saya fikir dan apa yang saya rasa, saya akan menyusahkan semua orang. Jadi, saya terpaksa simpan semuanya. Saya terpaksa menurut apa yang mereka nak. Sejujurnya saya taktau saya bertahan atas alasan apa. Saya dah tak kenal siapa diri saya sekarang. :(

Okaylah, saya nak solat. Assalamualaikum. :)

Sunday, April 14, 2013

April - Meaningful month

Cepat cepat. Sementara aku masih ingat lagi event2 yang baru terjadi baik catat laju2 dalam belog. Gitu katanyewwww. Haha.

6/4/2013
Hari pertunangan achik dengan Aisyah. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tersangat lancar sampai sejam lebih je proses bincang2 tu. Haha. Kesian Aisyah. Mekap dua jam, orang datang sejam je. Sabar la noks. Nanti kawen mekap sejam je k. XD Semua adik beradik aku balik kampung and for the first time dapat bergambar dengan ke enam2 kami termasuk ipar dan bakal ipar dan anak sedara, Aiman. Gahhh, rindu Aiman! Oh, 6 haribulan ni jugak birthday along. Mama tempah kek bubuh nama aku dengan Along, tp aku suruh Along je jadi center of attention. Taknak aku. Buat malu je. Haha



Kak neesha (kakak ipar), Aisyah (bakal kakak ipar yg muda dari iols T_T) dengan kak Fara (cousin)



Aiman aiman aimannnn! dengan kwn sama tahun lahir.Jap,anak sepupu dengan anak sepupu jadi hubungan ape eh. @_@


Sesi menyarung cincin :)


Hantaran dari pihak perempuan


Hantara dari pihak lelaki


Aiman lagiiiiii. Haha


Pasukan gempur. Gigih 3 orang belakang tuuuu


Gambar lengkap satu family (Tanpa abah)


Aiman,mulut jgn muncung sgt pls.


8/4/2013
Hari aku kerja. Dengan letih pasal kenduri semua, pastu keje lak menimbun. Kena setel semua hari ni jugak sebab esoknya sampai khamis aku cuti lagi. Jangan tanya cuti apa. Susah nk explain. Haha.
Pastu, bos panggil untuk Annual Review. Kat tangan dia ada sampul putih. Ingat surat amende. Rupa2nya surat promotion and salary increment. Alhamdulillah, Ya Allah :) In shaa Allah,kalau buat kerja dengan ikhlas, tanpa perlu menunjuk, Allah akan balas dengan setimpalnya :) . Jangan komplen kat twitter pls. Annyoing tau tak! (tibe2)

And now, i am Senior Process Engineer 1 XD


Lastly,gambar aiman lagi. Hahahah.






Saturday, March 23, 2013

March and Love

Errrr, mcm geli pulak tajuk. Haha. Tapi bagi aku bulan March macam bulan yang penuh kasih sayang sebab ramai orang kawen time ni. Boleh terima ke alasan ni? Haha. Whatever. Tapi betul la. Abang aku pun kawen bulan March. Pastu yang latest, eh tak jadi lagi. Yang latest-bakal kawen ialah Din. Partner sama umur, sama shift, sama faham joke, sama2 usha orang lalu lalang depan cube kitorg, sama2 orang Perak and etc. Tapi dia terlebih ramah dengan gila dari aku. Haha. Kenduri dia 30 March uols. Terharu iols. Tapi tak sure boleh pegi ke idokkk. Apa2 pun, tahniah Din. Dalam seminggu before dia nak cuti kawen tu, macam happy terlebih pulak budak ni. Hyperactive semacam. Gembira betul dia. Masa last day haritu lagi la. Asyik keje nak nyembang and mengarut je, and sape mangsa kena layan? Aku ler, sape lagi. Udahnye tempat aku sebelah dia je. Nak toleh belakang, Som tak datang. Dia attack orang sebelah kanan dia ni la T_T Tapi, rasa mcm bertuah sungguh tunang dia. Memang nampak sgt kat mata dia yang dia tengah bahagia and in love. Time dia sembang dgn tunang dia on the phone pun, dengar mcm sweet sangat. Sorry Din, tercuri dengar. Sape suruh ko duduk tak sampai sedepa dari aku >.< Aku rasa, that is the sweetest moment ever. Aku ni jarang nak cakap sesuatu benda tu sweet. Kalau setakat tgk Aaron Aziz dalam Ombak Rindu ke, Adam dan Hawa ke, urghh. Tolong. Tak rasa langsung sweet tu. Anyway, aku tak tengok pun cerita2 tu. Saja bagi contoh. Cerita2 cheesy mcm tu aku tak layan. Tolong la. Tapi, si Din punya situasi memang sweet betul. Style kena tgk sendiri, pastu rasa sweet tu sampai ke hati sampai kita pun tersenyum sendiri. Ini la first time aku tengok sinar cahaya cinta kat lelaki. Apsal time tulis ayat tu aku mcm terbayang situasi dalam cerita Hanakimi. Ala, yang laki sorg tu boleh tengok aura kat orang lain. Laki tu dah la berlakon dalam cite Kamen Rider Kabuto. Sama la jugak dengan Nanba senpai tu. Ok, melalut kamen rider pulak dahhhh. Haha. So,analoginya, aku boleh nampak aura pink kat sekitar Din. Wohooo.

Akhir kata, tahniah Din sebab berjaya membawa hubungan ko ke level yang lebih diberkati Allah SWT. Dengar cite bercinta dari zaman skola uols. Hihi. Tapi cmni ah, kawen awal sgt. Nanti mesti orang2 kat office attack aku pulak. Nasib badan T_T

Friday, March 8, 2013

International Women's Day

Jumaat hari tu hari wanita sedunia. I dont care. Because last three days was the worst day of my life.
I've never thought that people will simply judge me solely based on my project's progress. Yes, i'm talking about my work here.
I dont know what else should i do. They asked me to do some of the A's (bukan nama sebenar) task because she is busy with the so-called big issue on her process. Ok, i'm willing to help her. After all, i was the ex-owner of that process. I've been doing all those stuff that are not related to my current process just for the sake of helping her. And somehow, i neglected my own project. It was on hold for a while. I must admit that this is my own mistake. I cant focus on that project. I just cant. You know the feeling of handling two totally different type of process and at the same time people keep pushing you to hit the dateline. It's like you have to cut your brain into two sections, so that they can work and think individually. I dont expect you to understand. I know that you dont even care. Just let me have some space to let all those feelings out of my chest. Because they are eating me up :'(

And last Thursday, they were questioning about my effectiveness. They were wondering why my project has been slowing down lately. What should i say? I have try my best to fulfill their request. They dont even care about the works i've done for A that have been occupied me. They dont care about all those things that i've done previously. I should just say no when they were asking for my help. I should just say no when they keep transferring me to different process ownership. I should say "Please, leave me alone. I was just 5 months old with this new process, and you expect me to master all? The last owner was given 1 week to pass down everything to me. I was struggling to understand this process by myself. I'm learning everything by myself. Do you even care about that?" But again, they are the bosses. I am just the slave to the company. What else can i do.

I just hope that there is someone,somewhere that didnt judge people by eyes, instead he/she judge people by heart and brain. I am sick with people taking me for granted. I am sick of everything. If appreciating me is something too much to ask for, then just leave me alone.

::spell to be cast out::

saya rindu semua orang.